Friday, August 26, 2016

Ayam Paprik

*Bahan-bahan
4 ketul ayam
2 ulas bawang putih - ditumbuk
I biji bawang besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – potong serong
11 biji cili api – dipecah-pecahkan
2 helai daun limau purut
2 biji putik jagung – dihiris serong
½ biji lobak merah
Kacang panjang
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 cawan air

*Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos.
4. Masukkan isi ayam.
5. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Masukkan semua sayur-sayuran dan masak sehingga empuk.
8. Tutup api dan hidangkan.


pic credit to: firzani.com

p/s: selalu buat paprik tapi bila dah masak, semua ke laut. Ambik nasik panas terus makan. Huhuhuhu...




***SELAMAT MENCUBA***

No comments: