Tuesday, September 6, 2016

Resipi Harian Senang & Mudah!


Kek Pisang

*Bahan - bahan
5 biji pisang emas – lecek
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla

*Bahan ayak
1.5 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

*Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada Loyang. Ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit atau hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
3. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati. Tuang dalam Loyang dan bakar selama 40-60 minit atau sehingga masak.
*Apabila permukaan kek telah perang, kurangkan suhu ke 150C dan bakar selama 1 jam.



***SELAMAT MENCUBA***



Mee Hailam

*Bahan – bahan
600g mee kuning
100g isi ayam
100g udang
250g sawi
100g bunga kobis
1 biji cili merah – dimayang
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih - diketuk

*Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan air. Masak sehingga lembut. Masukkan udang.
2. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning. Kacau sehingga rata. Masukkan bahan sayuran lain.
3. Angkat dan masukkan dalam pinggan.



***SELAMAT MENCUBA***



Ayam Masak Madu

*Bahan – bahan
500g ayam
3 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu
1 sudu the lada hitam
2 biji cili merah
1 biji bawang besar – dihiris bulat
Garam
Air

*Cara-caranya
1. Bahan bertanda * ditumbuk halus.
2. Letak serbuk kunyit pada ayam dan goring.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga berminyak. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang besar dan hirisan cili. Gaul rata dan masak sehingga pekat.


***SELAMAT MENCUBA***



Peanut Cookies (simple & senang sangat! Bahan sikit je ;))

*Bahan – bahan
1 cawan mentega kacang
1 cawan gula
1 biji telur
½ cawan coklat cip

*Cara-caranya
Campur semua bahan dan bakar 180C sehingga 6-8 minit sahaja.

***SELAMAT MENCUBA***

Labu Bakar

*Bahan – bahan
½ biji labu – dipotong
Sedikit air
Sedikit minyak zaitun
Sedikit garam
Serbuk lada hitam

*Cara-caranya
Bakar dalam ketuhar dan campurkan sedikit dengan minyak zaitun. Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam.


***SELAMAT MENCUBA***



Puding Roti sedap

*Bahan – bahan
1 buku roti
250ml susu segar
40g gula
2 biji telur
¼ cawan kismis
Secubit serbuk kayu manis

*Cara-caranya
1. Potong roti bentuk dadu dan masukkan dalam mangkuk.
2. Tuang susu dan rendam roti sebentar.
3. Selepas itu masukkan gula, telur, kismis dan kulit kayu manis. Gaul sebati.
4. Sapukan mentega pada mangkuk.
5. Tuangkan adunan dalam mangkuk. Susun dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 180C selama 25 hingga 30 minit.
6. Siap, dan jika suka anda boleh letakkan sedikit ais krim.

***SELAMAT MENCUBA***


Mee Goreng Basah

*Bahan – bahan
Mee kuning sebungkus
3 ulas bawang putih - tumbuk
½ biji bawang merah – tumbuk
Cili kisar
Isi ayam
Sayur sawi
Kicap manis
Kicap pekat
Sos cili
Sos tiram

*Cara-caranya
1. Panaskan kuali, isi minyak dan tumiskan bahan yg ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan goring sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, sos tomato dan sedikit air.
4. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat.
5. Masukkan sayur sawi, mee kuning dan air jika perlu.
6. Siap!!!!


***SELAMAT MENCUBA***


Bebola ayam

*Bahan – bahan
2 bahagian dada ayam
6 ketul ais
1 cawan tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu the lada hitam
Sebiji telur
2 sudu the garam
3 sudu kecil gula
I sudu kecil sodium tripholyphospate (sttp) – untuk mengentalkan adunan
Sebatang seleri
Setengah batang lobak – potong dadu

*Cara-caranya
1. Ambil 2 dada ayam, asingkan isi dari tulang dan potong kecil-kecil.
2. Masukkan dalam food processor (fp) dan mesinkan dengan ais kiub 6 ketul. Masukkan ais sedikit demi sedikit. Masukkan 1 cawan tepung jagung dan masukkan ais lagi.
3. Tambah 3 sudu besar tepung gandum dan 1 sudu serbuk lada hitam.
4. Kemudian tambah sebiji telur, 2 sudu teh garam, 3 sudu kecil gula dan 1 sudu kecil sttp.
5. Masukkan saleri dan lobak merah dalam fp dan mesin lagi.
6. Letak air dalam mangkuk dan sesudu sttp. Celup tangan dan bulatkan adunan.
7. Rebus dalam air, kaup dan toskan.
8. Lumurkan minyak zaitun atau minyak jagung



***SELAMAT MENCUBA***



Mee Hoon Singapore

*Bahan – bahan
2 biji bawang besar - blend
6 ulas bawang putih - blend
1 sudu besar lada hitam - blend
1 sudu besar ikan bilis - blend
1 paket mee hoon - rendam semalaman
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 kiub ayam
1 batang lobak - potong dadu
Sayur sawi
2 biji telur

*Rencahnya

Isi ayam
Daging
Fishballs
Fishcakes

*Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sampai garing.
2. Masukkan ayam dan daging, goreng sampai garing.
3. Ambil air bekas blender tadi 2/3 cawan letak dalam kuali.
4. Masukkan sos tiram 2 sudu besar, garam dan kiub pati ayam. Biar sampai menggelegak.
5. Masukkan lobak, fishballs dan fishcakes, biar sampai menggelegak.
6. Masukkan mee hoon, goreng sampai lembut dan air kering.
7. Masukkan sawi.
8. Bagi ruang sikit kat tepi kuali dan pecahkan 2 biji telur. Biarkan mengeras dan kacau.
9. Masak dalam 2 minit dan siap.



***SELAMAT MENCUBA***

No comments: