Thursday, September 1, 2016

Resipi Harian yang mudah dan sedap sangat!


Resipi Popia Basah


*Bahan kulit
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telur
¾ cawan air
2 sudu makan cuka
Secubit garam

*Cara-caranya
1. Campurkan kesemua bahan dalam bahan adunan dan gaulkan.
2. Tutup dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit.
3. Ambil sejemput dan lenserkan di atas kuali leper, ikut arah jam.
4. Setelah rata, biarkan tepung masak dan angkat.

*Bahan inti
½ biji kobis – diracik halus
3 biji lobak merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Garam sucukup rasa
Minyak untuk menumis

*Cara-caranya
1. Kisar bawang besar dan bawang putih.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar.
3. Kemudian, tambahkan sos tiram dan secubit garam.
4. Masukkan sayuran dan masak sehingga layu.



pic credit to: dapurmalaysia.com


***SELAMAT MENCUBA***



Mee Goreng Basah (sedap oi!!!)

*Bahan- bahan (5 orang makan)
600g mee kuning
2 ekor sotong
6 ekor udang basah
3 helai pucuk sawi
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar minyak masak
½ sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
½ sudu besar kicap pekat
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
Sedikit garam dan gula

*Cara-caranya
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar sekejap. Masukkan sotong dan udang gaulkan.
2. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap pekat, garam dan gula. Kacau biar sekata. Masukkan air panas dan biar menggelegak.
3. Masukkan mee kuning dan gaul. Masukkan sawi dan tambahkan air jika perlu.


pic credit to: kompilasiresipi.blogspot.com


***SELAMAT MENCUBA***


Ayam Goreng Madu

*Bahan - bahan
½ ekor ayam – dipotong kecil
Sedikit kicap manis
2 sudu besar madu

*Bahan kisar
2cm kunyit
2cm halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai

*Cara-caranya
1. Perap ayam bersama bahan kisar, kicap manis, madu dan sedikit garam selama 1 jam.
2. Goreng sehingga ayam masak.


pic credit to: resepumi.com


***SELAMAT MENCUBA***

No comments: